Wednesday, September 30, 2009

Telecommunication

Saya merasa amat terbeban untuk melengkapkan kerja rumah yang diberi oleh pensyarah saya Tuan Badrul.
Ini kerana, kerja ini memerlukan perhatian yang penuh selain daripada untuk menukarkan perkataan dari bahasa inggeris ke bahasa melayu.
Ini amat menyukarkan saya untuk menyelesaikan kerja ini.
Saya dapati bahawa, kelemahan saya untuk menguasai dua bahasa penting tersebut telah mengakibatkan saya mengalami kesukaran untuk menyelesaikan tugas ini.
Jadi, oleh sebab itu, saya terasa untuk menulis blog ini sepenuhnya mulai hari ini dengan menggunakan sepenuhnya bahasa melayu baku.
Saya ulangi, bahasa melayu baku.
Jadi kawan-kawan, bantuan dan sokongan anda amatlah diperlukan tika ini dimana saya bukanlah penggemar bahasa baku dan ayat-ayat yang agak sasterawan gunakan.
Kerana saya tidak tahu dan tidak bijak dalam mengaplikasikan penggunaan ayat -ayat tersebut.
Selepas ini, sekiranya saya menulis blog ini dalam bahasa melayu baku, anda haruslah membaca dan meninggalkan komen sekiranaya terdapat susunan ayat serta penggunaan tatabahasa yang salah.
Sekian terima kasih.

5 comments:

atoy ah ding dong said...

berblog dlm bahasa baku adalah lebih baik kerana...
salah satu tips untuk mnarik pembaca adalah...gunakan bhasa baku..
y?
cari sendiri.

Adibah kamal baharin said...

wek i dun believe u

Durratul said...

hahahah Tn Bad dah b'jaya mgubah gaya penulisan anda

eQeEn si rAma2! said...

makanye ku akan meninggalkan komentar dalam bahasa melayu di page kamu..
(alamak..de gak yg tlepas english tuh)

=P

Adibah kamal baharin said...

haha thnx for those who leave me da comment ~
love u darl~