Sunday, September 6, 2009

Ini ada cerita baru

Pada suatu ketika dulu, tatkala warga2 kelas ku membincangkan tentang program yang bakal dilaksanakan untuk memenuhi subjek HRD546, atau human resource training and development, dan hal ini di usulkan kepada 2 lagi kelas yang turut sama dimuatkan dalam kuliah tersebut, kami dikecam hebat,warga OMB55A.

Tidak kurang dengan itu, banyak dugaan dan rintangan yang dilalui sebelum semua itu dapat dilaksanakan. Alhamdulilah kami dikurniakan dengan seorang pengarah program yang tenang, profesional dan begitu tabah menghadapi semuanya. Tambahan pula, terdapat ahli2 majlis tertinggi yang sudah berpengalaman dalam menghadapi dan melaksanakan program2 seperti itu.

Setelah semuanya dilalui dengan agak perit dan pelbagai tindakbalas negatif yang diberi dari warga2 lain, kami mengambil itu semua secara positif dan menganggap itu hanyalah bunyi sayap lalat yang sedang berterbangan.

Hari demi hari, minggu ke minggu, musim ke musim. Setelah berulang alik ahli majlis tertinggi ke atas ke bawah fakulti, berjumpa dengan orang2 yang perlu untuk meminta kelulusan agar program ini dijalankan, akhirnya proposal warga OMB55A diluluskan sepenuhnya oleh dekan fakulti, alhamdulilah.

Lalu, bermulalah tugas2 yang perlu dilaksanakan oleh ajk2 yang telah di agih2kan tugas terlebih dahulu.

Dah, nak cita time event pulak.

Alhamdulilah, program yang awalnya mendapat kecaman yang hebat dari pelbagai pihak, kritikan dan kutukan, cakap belakang, akhirnya pihak2 itu dapat menerima program kami secara positifnya. Sampaikan ada yang membina keyakinan diri sendiri melalui program itu, yang mendapat nasihat setelah menangis di depan wardina (anda tau siapa dia)..
Kami merasakan yang kami berjaya memberi impak kepada mereka.
Walaupun tak sebaik dan sebagus mana, tapi kami berjaya..Kami budak baru belajar.. Biasalah..

Kami sangat beruntung dan bersyukur kerana kami mendapat kerjasama penuh dari
krew:
  • SUASANA JELITA
  • MAJALAH DARA
  • KARANGKRAF
  • A-VOGUE AJK
MAJLIS YANG BERJALAN DENGAN AGAK LANCAR INI MEMUASKAN HATI KAMI..
KAMI LETIH SEBELUM RAYA...
SELEPAS RAYA KAMI DAPAT MENUMPUKAN SEPENUH PERHATIAN TERHADAP PERKARA LAIN..
BERSYUKUR KEHADRAT ILAHI KERANA DENGAN LIMPAH KURNIANYA MAJLIS INI DIBERKATI..
ALHAMDULILLAH....





2 comments:

Aku said...

gambar mana...?

Adibah kamal baharin said...

aku tak tgkap sgt pon.
not with me la dalink