Ini kerana, kerja ini memerlukan perhatian yang penuh selain daripada untuk menukarkan perkataan dari bahasa inggeris ke bahasa melayu.
Ini amat menyukarkan saya untuk menyelesaikan kerja ini.
Saya dapati bahawa, kelemahan saya untuk menguasai dua bahasa penting tersebut telah mengakibatkan saya mengalami kesukaran untuk menyelesaikan tugas ini.
Jadi, oleh sebab itu, saya terasa untuk menulis blog ini sepenuhnya mulai hari ini dengan menggunakan sepenuhnya bahasa melayu baku.
Saya ulangi, bahasa melayu baku.
Jadi kawan-kawan, bantuan dan sokongan anda amatlah diperlukan tika ini dimana saya bukanlah penggemar bahasa baku dan ayat-ayat yang agak sasterawan gunakan.
Kerana saya tidak tahu dan tidak bijak dalam mengaplikasikan penggunaan ayat -ayat tersebut.
Selepas ini, sekiranya saya menulis blog ini dalam bahasa melayu baku, anda haruslah membaca dan meninggalkan komen sekiranaya terdapat susunan ayat serta penggunaan tatabahasa yang salah.
Sekian terima kasih.