Tuesday, May 31, 2011

Bila diri dicemuh.

Bersabarlah.

Bila diri dipersalahkan,
Redhakanlah ia.
Mungkin mereka tidak tahu cerita yang sebenar.
Apa yang berlaku.
Bagaimana dan bila ia terjadi.

Bila cerita tersebar,
Biarkanlah ia.
Mungkin mereka mendengar cerita sebelah pihak sahaja.
Tidak semuanya.
Dan tidak tahu yang mana dusta dan nista.

Bila diri difitnah,
Abaikan sahaja.
Dengar, apakah bait bicara mereka.
Apakah tutur fitnah itu, butir-butir yang disampaikan dari satu telinga ke satu telinga, dan mulut-mulut yang bersambungan menyampaikan cerita-cerita itu.

Tapi,
haruslah dielakkan fitnah itu dari terus berlaku.
Kerana,
kita tetap akan dipersalahkan.
Walau punca fitnah itu adalah orang lain.



Sekadar pengajaran bersama. Amin.


No comments: