Showing posts with label benci. Show all posts
Showing posts with label benci. Show all posts

Thursday, January 21, 2010

Tears don't fall

I ask you not to fall.
you stupid tears.

Hey i hate you, yes you smokers.

Sumber Agenda Daily.net

Tahukah Anda ??
Separuh dari para perokok hari ini akan maut sebelum usia tua, akibat tabiat merokok.

Merokok atau Tidak merokok ?Percaya atau tidak. Berikut adalah alasan biasa untuk merokok:
Untuk kelihatan hebat
Lambang seorang yang dewasa
Pengaruh rakan
Tertipu oleh iklan syarikat rokok
Mampu dan mudah diperolehi

Faedah merokok
Percayakah. Mereka yang merokok sebenarnya tahu yang merokok itu TIDAK BERFAEDAH.
Dengan merokok, seseorang telah menawarkan dirinya untuk mendapat :

- Sakit Jantung
- Penyakit Saluran Pernafasan
- Kanser Paru-paru
- Kanser Mulut

Asap Rokok. Asap Maut
Demikian hebatnya asap rokok. Rokok yang dihisap mengeluarkan bahan beracun. Setiap hembusan mengandungi 4000 kimia termasuk :-

- Aceton (penanggal cat)
- Toluidine (pelarut industri)
- Ammonia (pencuci lantai)
- Methanol (bahan api roket)
- Napthalene (ubat gegat)
- DDT (ubat pembunuh serangga)
- Butane (minyak lighter)
- Hydrogen cyanide (gas yang digunakan untuk hukuman bunuh)

"Islam sebagai agama sejahtera, agama yang sangat menghargai nyawa dan mementingkan kesihatan, keafiatan, kecergasan dan kekuatan bagi beribadat kepada Allah Subhanahu Wataala, telah menyediakan kawalan-kawalan yang boleh menjamin dan memelihara semua itu melalui hukum halal haramnya. Ia telah menetapkan satu kaedah menolak mudarat. Jika suatu benda itu nyata mendatangkan mudarat, kerosakan dan kebinasaan, maka memakan termasuk menghisapnya dihukumkan haram".