Tuesday, April 27, 2010

Beristighfar panjang.

Masalah apa pun yang aku hadapi aku sendiri tatau.
Aku tak dapat nak fokus dgn buku didepan mata.
Even masa aku banyak, aku tengok and biar je masa tu berlalu.
Ok.
Apa masalah ni?
Aku tak dapat hafal.
Aku tak dapat nak start hafal.
Geram.
Nak menangis je.
Takde sape tau.
Aku je yg terkial-kial dalam bilik ni.
Tidur-tidur, golek-golek sedangkan kawan-kawan aku dah abes 5 6 chapters dah dalam masa ni.

Ya Allah, sungguh. aku tensen.
Bukakanlah pintu hati hamba mu ini untuk menerima ilmu pengetahuan ini dng mudah.
Amin.


Monday, April 26, 2010

Sepertinya mau demam


Bersin bertalu-talu campur kepala pusing-pusing campur badan sejuk tahap melampau sampai kipas pun ditutup disiang hari?
Apakah?
Oh no. Nak exam ni.

Thursday, April 22, 2010

Tidur tidur

Ngee..
petang.
jam 530 - 630 adalah masa terbaik untuk tidor.
Bak kata aku la.
hee..
jadi, ayuh tidor!

p/s: ini bukan saye, saya tidur comel lagi dari ini~ngeeee ;))

Wednesday, April 21, 2010

Sekembali ke puncak 2010

Nebes. Tak suka.
Nak balik rumah.
Maaak.
Cholek la kaka dari sini.
huhuh.

I hate examinations.
Benci.
Tapi kena belajar.
Nanti takdapat kerja..

yaey..yaey..

Tuesday, April 20, 2010

Nasi goreng kampung


Tepat jam 4 am 21 april 2010.
Perut membuak-buak sangapkan nasi goreng kampung.
Plus ayam goreng sket atas tu.
Memang into.
Akibat daripada tak dinner, tengah-tengah pagi mcmni lapar nak mati.
Nasib kat rumah.
haesh. ;))))


Monday, April 19, 2010

Discover something new.

Science.
Largest aircraft carrier.
Extreme engineering.
Awesome.

Realize that, it makes my eyes wide open.
That i just love sciences.
Erk?
Some mistakes here.
Engineering too.
Erk?
Lost in a middle of nowhere.
Erk.

Confused with my own interest.
I hate reading, but i accidentally take management.
I like mechanical parts, but i take management.
I like something practical, but again, i take management.
I used to help my father at his workshop, and seems like i'm into it.
Erk again, i take management! I don't have basics either in pure science, or physical science.
Erk.
hey, where am i.

Something cross my mind.
Have to discover what am i really into.


Malam Sesi lawatan warga emas.

Ya, hari ini telah berjaya menjalankan sesi lawatan warga emas.

Warga emas = Tok aku belah abah dan emak. Termasok toklang aku husband and wife.
Ada lagi sepasang, tok and tokwan angkat ku aku masih tak pergi melawat.
Esok mungkin.

Mereka adalah antara yang terapat denganku.
Untuk pengetahuan, aku tak banyak mengenali saudara-saudara jauhku.
Punca?
Krisis keluarga yang memuncak ketika aku di zaman sekolah rendah.
Efek?
Kepada generasi muda seperti ku yang tak dapat nak mengenal saudara-saudara jauh dan dekat.
Setiap kali aku pulang, aku akan pastikan mereka ini adalah golongan VVIP yang mendapat lawatan dari ku.
Termasok seorang lagi, ibu angkat ku. KAK ROSE.
Ya, banyak betul terangkat bukan?
hahah aku ramah agaknya.
Dan aku agak senang dengan orang-orang yang agak berumur. Orang-orang tua.
Melayan mereka bercerita, berbual, membuat aku terfikir selalu, bagaimana agaknya masa depan ku kelak?
Zaman usia emas ku kelak?
Adakah aku akan bertuah seperti mereka?
Memiliki cucu, anak saudara yang sayangkan mereka?

Itu belum pasti.
Yang pasti, jangan pernah berhenti mencurahkan bakti kepada mereka yang memerlukan.
Aku nampak je keras dan degil dari luaran.
Ye memang.
Tapi,
Dengan orang tua-tua aku kalah.
Aku beralah.
Aku hormat, aku simpati.
Aku lembut hati.
Aku tak mampu tengok diorang wat kerja berat-berat di usia emas macam tu.
SEdih.

Tambahan bila aku tengok orang tua-tua yang terbiar, mengutip kotak-kotak, tin-tin.
Aku berfikir.
Mana anak-anak mereka ya?
haha kejam sungguh.
sadis aku tengok.
nangis tanpa sedar.



Gedebab Gedeping.

Nama gelemer yang terkeluar dari mulutku hari ini untuk adik ku yang dua orang itu.
Sorang pompuan, gedeping. Kenapa? sebab kepeng sangat.
Isau aku nengok.

Yang bongsu, gedebab, sebab apa?
Badan da besar dari aku de..
Perot takya cakap la..
baru form 1 tuh.
haesh lagi aku isau.
Naseb baek muka putih melepak.
Kalo tak, hancho...
hahahhahha


Sunday, April 18, 2010

lagu lazat~

Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

*
Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti

Korus
Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tiap satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuba cari jawapannya andai meragui

Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

(Ulang *)
(Ulang Korus)
(Ulang *)

Ada hikmah yang pasti..
Sejak mula ku percaya ada cinta
Cinta itu memungkinkan segalanya
Cinta suci yang abadi

Saturday, April 17, 2010

Kemas-kemas rumah ;))

Semalam, saya, dua adik dan mak!
KAmi telah berusaha mengubah position-position furnitures dalam bilik tengah, depan dan ruang tengah.
heheheh.

Best. Tapi kesian, bonda terbatok-batok takleh kena habuk.
Then, saya pon laju2 mencari handkerchief kecik, dan getah untuk jahit kat lengan baju tu, buatkan mak satu mask! Tadaaa!!! mask buatan anak mak.
Mak tegelak-gelak tanda suka.hehek.
Anak mak pandai jahit ogeeyeyyyy :)))

Dari bilik tengah,ubah position katil emak, position itu ini, sumbat suma barang-barang mak dalam bilik.
HEhehe ruang tengah jadi another pot lepak untuk tv. Abahku suka lepak disini. Tengok astro beliau tenis dan segala bagai.

Then, almari-almari yang segala bagai semak ni.
Diubah-ubah.
Tengah dimasokkan ke bilik depan, fyi, bilik aku. Da jadi macam stor barang. huhuh so saddd...
Actually ni lah masalahnye bila dua rumah punya barang disumbatkan dalam satu..
wahahhah. Katil diubah ke tengah, Dikelilingi barang- di depan , kiri kanan.
Wuhuhuhu..

Tapi best, abah ku balek dengan senyuman! hahah fyi lagi, beliau sgt suka kalau perubahan dibuat-buat ini.
Hehehe fyi lagi, aku lah yg tolong angkat benda-benda yang berat2 tolak2 sana sini tarik2 sana sini.
hahhha
tetiba masa tengah mengemas tu tringat pepatah mak angkat aku.
Dia pernah cakap kat aku.
"Hang ni adik, nak kata jantan tak jantan, betina tak betina, tapi keja jantan suma ang gasak bulih buat" bahahhahahah
Ganas btol ayat itu untuk melambangkan kegagahan aku.
bunda aku tergelak time aku kuarkan ayat itu~~heeee..

I like it when she smile.
She's da queen of my heart..


Mak, kaka pulang sekejap je ni.huhu nnti da abes dgree kaka pulang lame ye.
heheh kalau bole nak stay perlis je.



Quality time



FAMILY ;))))


Maksudnya masa yang berkualiti.
Setelah sekian lama, masa bersama keluarga tercinta dapat ku nikmati kembali.
Aku pulang ke kampung mungkin selama 5 hari ;))
Bahagia hidup buat sejenak.
Hilang semua masalah bila tengok mak, abah, ani, amin. senyum2. gelak2.
Alif datang bergolek2, begelak2, berlari2 di rumahku ini.
Buatkan hatiku lagi membuak2 berada dirumah.
Oh ya, beliau buah hatiku sejak setahun yang lalu.
Rumah ini kecoh dengan kehadiran si kecil kesayangan hamba itu ;))

Betul.
Tak percaya? Bagi ada baby dirumah kamu, baru tau best ke tak. hehhe.
Menjadi penghibur dikala sunyi dan duka.

Thursday, April 15, 2010

Shaye atas bus!


hehehe arini saya telah online di atas bus dgn bahagianya.
akibat bosan telampau.
jadi saya mengambil keputusan utk membuka laptop ku yg gedabak saiznya ini.
dan tegar online disini.
hihihih
tesenyum tegelak sorang-sorang atas bus.
heheheeh

ini bus!






Tuesday, April 13, 2010

Rindu membuak buak

Semester bakal tamat.
Tapi belum tamat lagi.
Kepala otak sudah berpikir2 yang perasaan merindukan sahabat dan zaman belajar di universiti ini.
Rindu.
Sungguh.
kawan-kawan, jangan pernah lupa satu sama lain ;))