Wednesday, August 3, 2011

Bila bekerja


Barulah tau susahnya nak bekerja mendapatkan wang yang kita kerjakan sewenang-wenangnya tu.

Barulah tau, macam mana nak kurangkan mengerjakan wang sewenang-wenangnya seperti memperoleh wang percuma turun dari langit semasa bergelar pelajar seketika dulu.

Barulah tau, beratnya nak memperoleh seciput gaji yang kita berjaya kerjakan itu.

Barulah tau, walaupun gaji kita sedikit, kerja kita berat, sedarlah, mungkin kita lagi beruntung dari mereka yang langsung tiada peluang untuk bekerja dan mencari pekerjaan.

Barulah tau, walaupun kerja kita berat, kerja kita meletihkan, dikejar sana dan sini, tapi mungkin kita lagi beruntung dari mereka yang bekerja mengejar-ngejar duit yang haram, memberi makan dan suapan kepada anak bini nescaya menjadi darah daging mereka.

Barulah tau, walaupun kertas di atas meja bersepah-sepah, tray di atas meja bertingkat-tingkat dan padat, fail di bawah meja berselerak dan padat, tapi mungkin kita lagi beruntung, kerana kita masih lagi dapat duduk di atas kerusi empuk, tempat berhawa dingin, sejuk, selesa. Daripada mereka yang kerja di bawah pancaran matahari terik, rutin harian mereka mengangkat bata yang berat, membajak tanah di sawah, membanting seribu keringat demi mencari sesuap nasi.

Barulah tau, ingin menghargai apa yang ada selama ini.

Barulah tau, untuk menghargai setiap nilai duit yang ada di tangan ini.

Barulah tau, untuk belajar membandingkan diri dengan orang yang lebih susah daripada kita, agar kita dapat mensyukuri dengan rezeki yang dikurniakan-Nya.

Tadahlah tanganmu, selagi daya, tunduklah padaNya selagi kau bernyawa.
Nauzubillah.





1 comment:

Amatteny said...

Yeah...kerja la dulu, simpan duit banyak-banyak buat rumah batu ok?