Okey. Isu yang semakin panas di industri hari ini, ialah gaji. Semakin tertekan bila isu ini diperbincangkan bersama rakan sebaya yang telah graduasi dan bekerja selama tempoh kita telah bekerja selama ini, tetapi gaji yang diperolehi oleh mereka jauh menjangkau ribuan ringgit perbezaannya. Ya, isu ini panas. Tak tipu.
Apabila isu gaji timbul, tekanan akan mencengkam pekerja-pekerja disini. Sehingga ada yang menekan-nekan keyboard komputer sehingga tercabut, ada juga yang teringin mengunyah sahaja komputer yang digunakan untuk buat kerja seperti dibawah ini.
Contoh sahaja...
Bukanlah sesuatu yang melampaui batas bagi saya sekiranya kita bertoleransi untuk memohon kenaikan gaji agar tidaklah gaji kita berada di bawah paras minimum. Pada golongan bertuah, mereka menikmati bayaran gaji tinggi yang dimana hanya mungkin 0.05% dari jumlah pekerja disini yang bertuah. Bagaimana untuk jadi bertuah? (Nanti saya cuba kenalpasti dan tanya mereka-mereka yang bertuah itu)
Bukanlah juga tiada rasa bersyukur dengan pendapatan yang diperolehi selama ini. Tetapi, ianya bukan sekadar tidak mencukupi, dan tidak logik akal, tetapi kadangkala kita terpaksa menyentuh bahagian wang simpanan sekiranya ada berlaku kecemasan dan sesuatu diluar jangka.
Kritikal bukan? Ya, amat. Jika tidak, masakan beransur-ansur pekerja berhenti dari sini? Bukan setakat Pembantu-pembantu, pegawai-pegawai pun bercadang-cadang nak keluar.. haeh..
Bila tekanan mencengkam, dan tanda-tanda dibawah telah muncul, sesuatu perlu dilakukan. Ambil cuti yang panjang, rehatkan minda, rehatkan fikiran. Kurangkan berfikir perkara yang boleh menyumbang kepada tekanan mental.
Sebagai tutup kata, hentikan tekanan, mulakan kehidupan.