Sunday, February 28, 2010

Hey-hey March begin.

Sudah tidak lama lagi bakal menjelang pula bulan April, selepas itu Mei, oh.
Tamat?
Pengajian?
Graduation day?
Wah.
Seperti tidak percaya.
Semester akhir, 2 bulan terakhir, abadikan kenangan sebanyak mungkin dengan rakan-rakan.
Saya akan merindui kamu semua.
Trust me.

Saturday, February 27, 2010

Lama tidak menjenguk.

Ya, lama jugak.
Masih tidak terlambat agaknya untuk mengucapkan salam maulidur rasul.
Umur masih panjang. Kesihatan agak baik.
Kerja agak banyak. Dan masa yang terbuang begitu sahaja dengan aktiviti yang tidak berfaedah juga banyak.

Bila nak berubah?
Entahlah.
Tidak salah rasanya berubah.
Dan bagus sebenarnya.
Tetapi perubahan dari negatif ke positif la.
Yang sebaliknya, harap dielakkan.
Untuk kebaikan dan keuntungan masa hadapan.

Oh ya, tiada banyak perkara yang berlaku semenjak dua menjak ini.
Semua orang sibuk dengan kisahnya yang tersendiri.
Aku?
Keseorangan dibilik.
Menanti teman sebilikku pulang ahad nanti.

Kerja?
Oh ya, masih belum sempurna sebenarnya.
Kenapa?
Malaslah.
Due date bila?
Isnin ni lah.
So, bila nak buatnya?
Nanti-nantilah.

haha jawapan seorang budak malas yang bermastautin di bilik R5206.
Sekian sahaja.
Salam.

Thursday, February 18, 2010

Cuti semester terbaik semester ini.

Bagiku, cuti pertengahan semester yang terbaik adalah semester JAN-MAY 2010.
Ini kerana, sepanjang minggu ini, aku dapat berjumpa kembali sahabat-sahabat zaman sekolah menengah, dan sekolah rendah.
What a great moment that i'm able to spend with them.
Setelah tamat zaman persekolahan, rasanya jarang sekali semua dapat berkumpul begini.
Sangat best.
Dari kumpulan sahabat sekolah rendah, menengah, semuanya beria-ia mahu berjumpa, semuanya sudah rindu dan ingat kepada zaman sekolah yang amat girang suatu ketika dahulu.
Ya, sangat girang.
Zaman terbaik, adalah kanak-kanak.

Memori yang tak akan pernah luput dek ingatan.
Kenapa?
Membesar, belajar, dan masing-masing berjaya dengan cara hidup masing-masing.
Harapan dihati adalah agar semuanya saling mengingati agar hubungan kita kekal sampai mati.

Sesungguhnya persahabatan itu amat berharga.
Sahabat yang paling rapat dengan kita adalah sahabat ketika kita di zaman persekolahan.
Sahabat di zaman kampus, datang dan berlalu.

Aku rindu zaman terbaik itu.
Hey rakan.
I lebiu.
sila lah view gambar-gambar sahabat saya di facebook ku :D
Ini link nya.

Silalah.

Friday, February 12, 2010

Sebagai pelajar.

Ada juga rasa girang dan teruja dapat bersalaman dengan Perdana Menteri Malaysia kita, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak.
Oh ya, kehadiran beliau di kampus puncak alam hari ini 12 feb pada jam 4 petang adalah untuk merasmikan pembangunan fasa 1 Kampus baru kesayangan ramai ini.
Kampus UITM PUncak Alam.
As the first batch staying here, berbangga dan bagus tempatnya.
Indah.
Sangat.
Hijau.
Tenang.
Damai.
Aku suka.

Dan, walaupun jauh dari pekan dan bandar, lagi bagus rasanya, nafsu keluar berjalan-jalan dan shopping sudah tidak keterlaluan.
Akibat jarak yang tidak terbatas,telah membataskan aku untuk keluar bergirang selalu.
Jadi masa ku banyak dihabiskan dibilik ini.
R5206, marilah. heheeee


Tuesday, February 9, 2010

Best :D

Hari ini, terbaik lah.
Palm print comel yang dihasilkan menimbulkan rasa suka dihati ini.
hey, warna-warni. chomel.
Mahu tengok?
Saya kongsikan disini okey.
hehe.

Durra with her palm print
Me with mine.
Isn't it cute?



Monday, February 8, 2010

Oh ya :D

Hey, hari ini kan.
di kelas, satu rakan ku ini.
Diba, first time aku baca blog kau.
haha sedap lazat jugak kau tulis.
ces2.
hhahaha
Terima kasih kerana membaca.