Tuesday, September 4, 2012

Semakin ramai yang tertekan. Agaknya semakin ramai yang bakal berhenti..

Okey. Isu yang semakin panas di industri hari ini, ialah gaji. Semakin tertekan bila isu ini diperbincangkan bersama rakan sebaya yang telah graduasi dan bekerja selama tempoh kita telah bekerja selama ini, tetapi gaji yang diperolehi oleh mereka jauh menjangkau ribuan ringgit perbezaannya. Ya, isu ini panas. Tak tipu. 


Apabila isu gaji timbul, tekanan akan mencengkam pekerja-pekerja disini. Sehingga ada yang menekan-nekan keyboard komputer sehingga tercabut, ada juga yang teringin mengunyah sahaja komputer yang digunakan untuk buat kerja seperti dibawah ini.
Contoh sahaja...


Bukanlah sesuatu yang melampaui batas bagi saya sekiranya kita bertoleransi untuk memohon kenaikan gaji agar tidaklah gaji kita berada di bawah paras minimum. Pada golongan bertuah, mereka menikmati bayaran gaji tinggi yang dimana hanya mungkin 0.05% dari jumlah pekerja disini yang bertuah. Bagaimana untuk jadi bertuah? (Nanti saya cuba kenalpasti dan tanya mereka-mereka yang bertuah itu)

Bukanlah juga tiada rasa bersyukur dengan pendapatan yang diperolehi selama ini. Tetapi, ianya bukan sekadar tidak mencukupi, dan tidak logik akal, tetapi kadangkala kita terpaksa menyentuh bahagian wang simpanan sekiranya ada berlaku kecemasan dan sesuatu diluar jangka. 

Kritikal bukan? Ya, amat. Jika tidak, masakan beransur-ansur pekerja berhenti dari sini? Bukan setakat Pembantu-pembantu, pegawai-pegawai pun bercadang-cadang nak keluar.. haeh..

Bila tekanan mencengkam, dan tanda-tanda dibawah telah muncul, sesuatu perlu dilakukan. Ambil cuti yang panjang, rehatkan minda, rehatkan fikiran. Kurangkan berfikir perkara yang boleh menyumbang kepada tekanan mental.


Sebagai tutup kata, hentikan tekanan, mulakan kehidupan. 


Sunday, April 1, 2012

I want to be..

A preggy mommy :)

A good wife :)

A good daughter :)

A good daughter in law :)

2 April 2012 output.

Fuhh fuhh. Alhamdulillah :)
Sekarang tengah berusaha siapkan lagi 18 pcs order for due 1st Apr - 6th April ni.

Ya Allah berikan kekuatanmu!

Anyway, pillow order is coming in! <3 <3 <3

Thursday, March 29, 2012

I'm enjoy stitching! hey ho!

Now i know why my mum don't stop sewing. 
The excitedness to sew more when you see someone use your hand-stitched items was soooo fantastic!

ehehehhehee.
 Collection by March!






Here you goooo~ i have some more order here !hihiskk.

Tuesday, March 27, 2012

Penat tapi best.

Kalau dah minat, biar berpening, biar sakit belakang, janji puas lihat hasilnya dan best! :)

Monday, March 26, 2012

Sesi lawatan ke klinik Faizah, 26 March 2012

Hari ini, saya telah berjaya mendapatkan MC.

Atau lebih dikenali sebagai "Medical Certificate" dari Klinik Faizah.
Ceritanya, cirit birit.
Alamatnya, baik stay di rumah dan jadi sahabat baik tandas, dari pergi ke kerja dan berkejar sana sini time nak  "poopoo" dan bila dapati tandas "Full House" dan lambat untuk menunaikan hajat kecemasan time2 cir bir ni.
=,=""

Sesi consultation:Dialog hari ini, bersama seorang doktor lelaki yang agak putih melepak, muda dan kacak.
A: Doktor
D: Diba

A: Ya, Adibah? dari Sh Ya?
D: Ya Doc

A: Sakit apa ni?
D: Cirit doc. dari semalam lagi, stok senak yg tak boleh handle punya doc.

A: Oh, dah berapa hari mcm ni? Dah kawen? Last period bila?
D: Oh, dah, last. ermm. dalam 2 3 ari lepas. *Berfikir sendiri, apa kaitan period dgn cir?

A: kalau macam ni, sy bagi cuti hari ni saja boleh kah? Pastu, kalau terok jugak, tak lega, esok kena mai lain, saya nak cek takot kurang air etc2. dan bla bla bla bla lagi kata doc.
D: Oh, boleh doc, hari ni saja punya Mc pun dah cukup.

A: Awak kerja kena berdiri 12 jam jgk ka?selalu yg dok mai mengadu tak sihat sbb kena berdiri smpai 12 jam. Sakit tak berhenti sat.
D: Oh, tak lah doc. sy admin ja doc. xdak la kena berdiri centu.

A: Oh, situ ada admin2 ea? Dok pejabat la ni?
D: errr.. aah. organisasi mesti ada admin doc. *err..doc ni.. muka aku ni muka operator gamaknya? xkesahla.. heehehe ^,^""

A: ooo. heheh okey2 takpa sy bagi mc arini, dgn 3 jenis ubat, kalau xelok jugak, esok mai tau. sy nak kena cek balik. takot kena masuk wad ka apa.
D: Cet.. doc ni perli ka apa ni T,T""

Habis lah sesi consultation bersama doc muda dan kacak itu..

Sesi menunggu ubat:
C: Operator sh (bukan nama sebenar)
D: Diba

C: kerja sh, pejabat? awat? xsihat ka?pasaipa? xkerja la arini? mc ka?
D: Fuhhhh. soalan dia alahaiii xdan aku nak bernapaih. Ha, xsihat sket. sakit perut. mau xmau kena mai amek mc jugak, pi kerja satgi lembik pulak.

C: oooo. betoi jugak na. elaun kena potong pun xpala nak buat mcm mana dah sakit kan. Kita sama la no?
kalau cuti sakit, xpi kerja, kena potong la na seratus? ofis sama jugak kan? kena potong jugak kan kan kan??
D: *pikiaq dekat seminit. errrrr. ha la kot, sy rasa sama ja. *ayat kaver line, takot salah cakap kepochi satu sh. hadoooooo. betoi2, mmg potong pun. takpa lah, nak buat gena. xdak rezeki.

C: mc harini saja ka? gaji bulan ni xpa la masok esok, xkena potong lagi, tunggu bulan depan la no kena potong seratus?
D: aik, *awat dia ni tolong jaga aku pulak ni. siap jaga gaji aku bagai. haeh laaaa.. T,T""
ha kak, mc harini saja la. xlarat sgt. xpalah, potong pi lah, dah sakit nak buat mcm mana, bukan boleh kawal..

C: erm.. tu la.
D: erm okey la kak, nu panggil dah amek ubat. balik dulu naaaa.

*Cerita ini berdasarkan cerita sebenar.
Kita perlu bijak menggunakan informasi yang diberikan oleh mereka untuk memutar belitkan auta jadi fakta, supaya tidak ada yang sakit hati dan ketidakpuasan hati akibat ketidak adilan.

tapi bagi aku, habuan masing2 la.
Kami belajaq dulu lagi penat kak oi, perah otak 24 jam, nak skor 4 flat punya pasai.
Kak perah keringat perah peluh ja.

Kami dahlah perah otak, perah duit, perah tenaga lagi.
Dah kerja, kena perah pulak gaji bayaq loan?

Habuan masing2 la kak na.

Maaf la kalau saya bohong sunat T,T""





Friday, February 24, 2012

Isteri kepada Mohammad Taufik bin Saidina Omar

Sudah 16 hari, pengisytiharan diri sebagai isteri kepada Encik Mohammad Taufik bin Saidina Omar.

Ya Allah, dengan perkenan dan limpah kurnia Mu, kami disatukan, dan dengan limpah kurnia dariMu jua Ya Allah, kami bermohon agar kami disatukan hingga ke syurga Mu..

“Wahai Allah! Satukanlah kami sebagaimana telah Engkau satukan antara Adam dan Siti Hawa, dan sebagaimana telah Engkau satukan antara Yusuf dan Zulaikha, dan sebagaimana telah Engkau satukan antara Sayyidina Ali dan Fatimah az-Zahra, dan sebagaimana telah Engkau satukan antara Penghulu kami, nabi Muhammad, dan Khadijah al-Kubra serta Aisyah ar-Ridha”.


Semoga apa yang Kau takdirkan ini menjadi satu titik mula yang baru didalam hidup kami berdua, dan semoga perkongsian ini membawa kepada keberkatan Mu yang tertinggi..
Ampunilah segala dosa kami yang telah lalu, kini dan yang akan datang..


Sesungguhnya keberkatan dariMu amat kami ingini..


Amin Amin Ya -Rabbal Alamin..



Thursday, January 26, 2012

26 January 2012

Another 15 days to go.
As a single lady.

I'm in the middle of confusion.
Is this right?
Or is this will lead to something bad?

Ya Allah.
It was fated by YOU, long ago.

He just came by nowhere.
I've never ever knew that he exist!

And suddenly, you pop out him from nowhere.
And he came to me as fast as he can be.
He made it one after one after one.

And here we go.
Another 15 days to go.