And i think its not worth it.
Sunday, November 21, 2010
Understand + Cope & Change = Better & Best.
Sunday, November 14, 2010
Tanggungjawab tidak putus selagi nyawa anda belum menemui tarikh luput :)
Dipikul.
Bersama masalah peribadi yang tersembunyi.
Diolah seolah tiada apa.
Mahu diluah tetapi mulut tidak bisa berkata.
Kekusutan.
Yang membuatkan diri binasa.
Masa.
Yang semakin mengejar dan membunuh kita.
Hidup.
Diteruskan dengan memastikan semua bahagia.
Walhal.
Yang tersirat tiada siapa bisa merasa.
Jari.
Menekan butang yang ada.
Untuk mencoret sesedap rasa.
Seolah sudah biasa bercengkerama.
Seakan bersajak sahaja gayanya.
Cheers.
Tanggungjawab tidak akan pernah lupus selagi nyawa anda belum menemui tarikh luput :)
Terus seterus dan seterusnya.
Meneruskan apa yang perlu.
Meneruskan apa yang harus.
Terus menerus melakukan apa yang belum terurus.
Menguruskan segalanya.
Kepala sakit.
Tekak pedih.
Otak letih.
Mata rabak.
Kaca mata power bakal membuak-buak.
Membuatkan hati panas menggelegak.
Tuesday, November 2, 2010
Banjer merisaukan hati saya.
Ya Allah.
Moga dijauhi segala bencana.
Moga darurat dihindarkan dari kami sekalian umat.
Ya Allah.
Surutkan lah air yang mengalir.
Selamatkanlah jiwa yang sedang bertarung.
Permudahkanlah segala urusan mereka.
Ya Allah.
Bantulah mereka yang dalam keadaan kritikal.
Bantulah mereka agar mereka cukup makan dan selesa tempat tidornya.
Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)